News

Check out market updates

kelebihan melantik ejen hartanah berdaftar

Kelebihan Mengunakan Bantuan Ejen Hartanah

Pilihan Ejen hartanah di tangan anda !

Menggunakan ejen hartanah berdaftar untuk menguruskan penjualan rumah anda adalah pilihan yang bijak. Proses menjual rumah sendiri boleh menjadi rumit kerana melibatkan pelbagai pihak dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Jika anda memilih ejen yang tidak sesuai, ini boleh menyebabkan proses penjualan tidak berjalan dengan lancar.

Menjual rumah secara sendiri memerlukan masa, tenaga, dan pengetahuan yang mendalam untuk memastikan semuanya dilakukan dengan betul.

Oleh itu, kami syorkan untuk menggunakan ejen hartanah berdaftar. Walaupun anda perlu membayar yuran kepada ejen, ia akan memudahkan proses penjualan dan mengurangkan beban kerja anda.

Pastikan anda memilih ejen hartanah yang sah dan berdaftar untuk memastikan urusan jual beli rumah anda berjalan dengan lancar dan profesional.

Siapa Ejen Hartanah Berdaftar

Mari ketahui siapa sebenarnya ejen hartanah berdaftar dan mengapa perkhidmatan mereka diperlukan dalam proses penjualan rumah.

Ejen hartanah berdaftar ialah individu atau entiti yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan urusan jual beli, penyewaan, pemajakan, serta pelbagai proses berkaitan hartanah.

Mereka boleh beroperasi sebagai syarikat, agensi, atau individu dengan lesen atau kuasa rasmi untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Ejen hartanah sering kali dikenali sebagai Negotiator Hartanah (Real Estate Negotiator). Lesen berdaftar mereka dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH).

Untuk mendapatkan lesen ini, mereka perlu melalui tugasan serta menghadiri sesi temuduga tertentu. Lesen ini adalah bukti sah bahawa seseorang itu merupakan ejen hartanah berdaftar. 

12 Fungsi Dan Tugas Ejen Hartanah 

Berikut adalah 12 fungsi dan tugas utama ejen hartanah berdaftar dalam urusan jual beli dan pengurusan hartanah. 

Dengan menjalankan tugas-tugas ini, ejen hartanah berdaftar memastikan proses jual beli hartanah berjalan lancar dan mengurangkan risiko serta beban kerja kepada pemilik rumah.

  1. Membantu menetapkan harga jualan yang kompetitif berdasarkan analisis pasaran.
  2. Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran berkesan untuk hartanah.
  3.  Menguruskan pengiklanan hartanah di platform yang sesuai.
  4.  Menapis pembeli berpotensi untuk memastikan kelayakan kewangan dan minat serius.
  5.  Mengatur dan menguruskan lawatan hartanah untuk pembeli.
  6.  Mengendalikan rundingan harga untuk mencapai tawaran terbaik.
  7.  Menyediakan dan menguruskan dokumen jual beli.
  8.  Membantu pembeli dalam permohonan pinjaman perumahan.
  9.  Menguruskan proses pindah milik hartanah secara sah.
  10.  Memberikan nasihat tentang keadaan dan trend pasaran semasa.
  11. Bekerjasama dengan penilai untuk mendapatkan penilaian rasmi.
  12.  Menyediakan sokongan selepas penjualan, seperti nasihat cukai.  

Menggunakan ejen hartanah berdaftar bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga, tetapi juga memberi manfaat tambahan kerana mereka akan mencari pembeli untuk kita.

Ini bermakna, anda tidak perlu bersusah payah melakukan sendiri proses pengiklanan, mencari peguam, atau menguruskan perkara lain yang berkaitan.

Serahkan semua urusan kepada pakar, iaitu ejen hartanah berdaftar.

Anda hanya perlu memberi kerjasama sepanjang proses tersebut! 

Kelebihan & Manfaat Menggunakan Ejen Hartanah Berdaftar 

Terdapat perbezaan penting antara menggunakan ejen hartanah berdaftar dan yang tidak berdaftar. 

Ejen yang tidak berdaftar berpotensi menjadi scammer atau penipu kerana mereka tidak mempunyai bukti kelayakan atau pemahaman yang sah mengenai tugas ejen hartanah.

 Menggunakan ejen yang tidak berdaftar membawa risiko tinggi terhadap penipuan dan masalah undang-undang. 

1. Kepercayaan dan Kurang Risiko Penipuan 

Ejen hartanah berdaftar mendapat pengiktirafan dan dilindungi oleh Lembaga Penilaian, Pentaksiran dan Ejen Harta Tanah (LPPEH) yang merupakan badan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Mereka dilatih, diberi tauliah, dan dipantau dengan teliti untuk memastikan mereka menjalankan tugas dengan profesional.

Penggunaan khidmat ejen berdaftar mengurangkan risiko penipuan dalam urusan jual beli hartanah.

2. Kepakaran dalam Urusan Jual Beli Hartanah 

Ejen hartanah mempunyai kepakaran khusus dalam menguruskan jual beli rumah.

Mereka berpengalaman dalam menguruskan semua proses yang berkaitan dengan jual beli rumah, dari pengiklanan hingga penutupan jual beli.

Melabur sedikit wang untuk perkhidmatan ejen dapat menjimatkan masa dan tenaga, serta menjamin proses jual beli rumah yang lebih efisien dan pantas.

3. Penjimatan Masa dan Urusan Lebih Teratur

Jika anda menguruskan semua sendiri, ia akan mengambil banyak masa dan usaha kerana anda perlu mempelajari setiap langkah proses tersebut.

Dengan menyerahkan kepada ejen hartanah yang berpengalaman, masa anda lebih terjaga dan semua urusan menjadi lebih teratur.

Ejen hartanah berdaftar juga sangat komited dalam menjalankan tugas mereka.

4. Kepakaran dan Pengetahuan yang Luas

Ejen hartanah berdaftar memiliki kemahiran dan pengetahuan yang luas kerana mereka telah menerima latihan formal.

Mereka mengetahui pasaran hartanah, strategi pengiklanan yang berkesan, harga pasaran, dan banyak lagi.

Dengan pengalaman yang ada, mereka tahu bagaimana untuk menguruskan sebarang situasi yang mungkin timbul dalam proses jual beli hartanah.

5. Perlindungan Hak Sebagai Pelanggan 

Sebagai pembeli atau penjual, hak anda sentiasa dilindungi oleh ejen hartanah berdaftar. Segala urusan dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan,

Ia termasuklah dalam pengurusan dokumentasi seperti surat tawaran jual beli rumah.

6. Rangkaian Kenalan yang Luas

Ejen hartanah mempunyai rangkaian hubungan yang luas, termasuk dengan peguam, penilai, dan pegawai bank.

Ini memudahkan urusan jual beli rumah anda, kerana mereka dapat merujuk anda terus kepada kenalan profesional mereka.

7. Tiada Risiko Penyelewengan

Ejen hartanah berdaftar memastikan semua wang deposit dimasukkan ke dalam akaun amanah agensi hartanah.

Jika pinjaman tidak diluluskan, wang deposit tersebut akan dikembalikan sepenuhnya kepada anda, mengurangkan risiko penyelewengan.

8. Menguruskan Dokumentasi

Ejen hartanah akan memastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap sebelum dihantar kepada pihak yang berkaitan.

Ini membantu mengurangkan risiko dokumen tidak lengkap yang boleh mengganggu proses jual beli rumah.

9. Nasihat Pakar dan Pengetahuan Pinjaman Bank

Ejen hartanah memberikan nasihat terbaik berkaitan pinjaman bank, termasuk cara-cara untuk mendapatkan kelulusan yang lebih mudah.

Anda boleh mendapatkan banyak maklumat berguna daripada mereka.

10. Nasihat Mengenai Proses, Pembelian, dan Kos

Ejen hartanah akan menerangkan secara jelas tentang kos dan proses yang terlibat dalam jual beli rumah, termasuk tempoh masa yang diperlukan.

Ini membantu anda memahami apa yang berlaku dalam setiap tahap proses tersebut.

11. Penjimatan Tenaga

Ejen hartanah berdaftar mengambil alih banyak tugas dalam proses jual beli rumah, menjadikan anda tidak perlu melakukan semuanya sendiri. Anda hanya perlu memberikan kerjasama di mana perlu.

12. Perlindungan Hak Anda

Dengan menggunakan ejen hartanah berdaftar, hak anda sebagai pelanggan dilindungi oleh LPPEH.

Ini memberikan jaminan bahawa anda tidak akan ditipu.

13. Analisis Pasaran Semasa 

Ejen hartanah berdaftar membantu menentukan harga jualan rumah yang sesuai berdasarkan analisis pasaran semasa, memastikan rumah anda dijual pada harga yang tepat.

14. Jualan Rumah Lebih Cepat

Ejen hartanah berdaftar akan menjalankan semua proses dengan pantas dan berkesan,

Termasuk mencadangkan harga, mencari banker dan peguam, serta mengiklankan rumah anda secara agresif untuk menarik pembeli.

15. Tidak Perlu Berurusan Langsung dengan Pembeli 

Anda tidak perlu berurusan langsung dengan pembeli yang berminat.

Ejen hartanah akan menguruskan semua pertemuan dan soalan daripada pembeli, dan anda hanya perlu menunggu berita baik bahawa rumah anda sudah terjual. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.